Terdapat
beberapa pendekatan mengajar peringkat asas iaitu :
a)
Pendekatan Binaan (Sintetik)
Kaedah abjad :
·
Murid
perlu dilatih menyebut dan menghafal huruf daripada ‘a’ hingga ‘z’. kemudian
murid mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku
kata dan perkataan.
Kaedah suku kata :
·
Lanjutan
daripada kaedah abjad. Penekanan diberikan pada dua jenis huruf iaitu vocal dan
konsonan. Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal bagi menjadi suku kata.
Suku kata pula digabung menjadi perkataan. Kenalkan suku kata terbuka dahulu
sebelum suku kata tertutup.
Kaedah fonik :
·
Bunyi-bunyi
yang berkait dengan huruf diperkenalkan terlebih dahulu dan bukannya nama
huruf. Kemudiannya bunyi-bunyi itu digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini
sukar dilaksanakan terutamanya dalam membunyikan huruf konsonan.
b)
Pendekatan cerakinan (analitik)
Kaedah perkataan :
·
Perkataan
diperkenalkan dengan menggunakan kad perkataan. Sambil menunjukkan kad imbasan,
minta murid menyebut perkataan itu beberapa kali. Kaedah ini menekankan makna
dalam bacaan.
Kaedah ayat dalam
cerita :
·
Menekankan
ayat sebagai unit yang bermakna dalam bacaan. Lebih menumpukan bahan bacaan
berbentuk cerita.
0 comments:
Post a Comment