Selamat Datang

transactional


  • Setiap guru yang merancang pengajaran mesti terlebih dahulu kenalpasti apa yang hendak dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran.
  • Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam misalnya, guru hendakkan pelajar boleh menyebut rukun-rukun wudhuk,  dan ini menjadi objektifnya atau output. Dengan demikian, guru haruslah merancang penyampaiannya mengikut kaedah dan teknik yang sesuai.  Antaranya mengulang-ulangkan rukun tersebut sehingga pelajar dapat mengingati dan menyebutnya.  Sebaliknya, jika objektifnya ialah  pelajar boleh mengambil wudhuk dengan betul,  maka tentulah kaedah pengajarannya berlainan, iaitu menggunakan kaedah tunjukcara (demonstrasi) dan amali atau lakonan.  Dengan menggunakan kaedah ini pelajar lebih faham dan ingat kerana mereka melakonkan atau melakukannya sendiri secara praktikal.  Pelajar  boleh mengambil wudhuk dengan cara yang betul itulah yang dikatakan out put atau objektif khas.

0 comments:

Post a Comment