A) Belajar sambil Bermain
Secara umumnya, permainan merupakan satu
saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang
optimum. Hal ini kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman
yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Ibu bapa
yang sudi meluangkan masa dengan anak-anak mereka dapat belajar membaca
sambil bermain di rumah. Sebagai
contohnya, teka-teki, teka silang kata, puzzle, catur dan sebagainya.
Sepanjang permainan, kanak-kanak bukan
sahaja dapat mendapatkan kegembiraan malah juga dapat mengembangkan minda
mereka. Hal ini kerana kanak-kanak akan berikhtiar secara sedaya upaya untuk
mendapat kemenangan dalam permainan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam permainan serta menguatkan
penggunaan bahasa yang baru dipelajari. Pujian daripada ibu bapa juga
meningkatkan semangat dan keyakinan kanak-kanak mereka supaya menunjukkan
bahawa mereka adalah berkebolehan.
B) Belajar Melalui Tayangan Video
Dengan bantuan alat-alat visual dan audio
ini, kanak-kanak dapat belajar membaca dengan lebih mudah dan cepat. Hal ini
kerana kanak-kanak mudah tertarik perhatian dan pemandangan terhadap
gambar-gambar visual yang berwarna-warni dan menarik. Melalui pendekatan
mendengar, kanak-kanak dapat mengetahui penyebutan bunyi yang tepat. Gambar-gambar
yang terkandung dalam video juga dapat memberikan gambaran kepada kanak-kanak
serta mampu menyebabkan mereka mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan
bahan-bahan yang lain. Selain itu, tayangan video yang bercirikan nilai-nilai
murni dan pendidikan moral juga dapat membantu kanak-kanak untuk membezakan
nilai yang salah dan betul. Secara tidak langsung, keperibadian dan perwatakan
kanak-kanak yang positif dapat dibentuk.
C) Belajar Melalui Bercerita
Sesetengah ibu bapa mengamalkan
tabiat untuk bercerita terhadap anak-anak mereka sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ibu bapa ini
akan bercerita daripada buku-buku cerita,
penggunaan boneka, penggunaan jari-jari tangan dan sebagainya. Ibu bapa juga
akan mengajar anak-anak mereka
membaca buku-buku cerita sambil menuding jari mereka. Dengan itu, kanak-kanak bukan sahaja dapat mengenali perbendaharaan
kata yang baru malah juga
dapat memahami maksud perkataan tersebut dengan bimbingan ibu bapa. Kanak-kanak yang lebih lemah dapat belajar
dengan lebih cepat dan mudah dengan adanya bimbingan
ibu bapa.
0 comments:
Post a Comment