Bentuk - bentuk
Membaca
(a)
Kaedah Fonetik
Didefinisikan
sebagai membaca dengan memperkenalkan bunyi secara sistematik. Kaedah ini sesuai untuk diajar kepada
kanak-kanak kerana ia telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah
menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan
perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau
membaca perkataan itu. Langkah pertama dalam kaedah
ini ialah kanak-kanak perlu tahu bunyi huruf iaitu dapat menyebut bunyi dan mengingati bunyi huruf yang diajarkan.
Seterusnya, kanak-kanak perlu kenal huruf dari segi bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut dan akhir sekali,
kanak-kanak dapat mengaitkan huruf yang
dilihat dengan bunyi yang berkaitan.
(b)
Kaedah SQ3R
Survey
• teliti bahan bacaan untuk dapatkan
maklumat yang umum
• dilakukan dalam beberapa minit untuk mancari idea-idea penting
menggunakan cara yang sistematik.
menggunakan cara yang sistematik.
• perhatikan judul buku, nama penulis
dan tahun diterbitkan
Question
• membaca dengan lebih aktif dan
lebih mudah berdasarkan persoalan yang
mula tibul sewaktu pembacaan pada peringkat pertama
mula tibul sewaktu pembacaan pada peringkat pertama
Read
• disarankan untuk mencari jawapan
untuk persoalan-persoalan yang telah
dibentuk atau persoalan lain yang timbul
dibentuk atau persoalan lain yang timbul
• perlu memberi perhatian terhadap
idea utama serta membuat perincian yang
penting terhadap idea utama tersebut
penting terhadap idea utama tersebut
Recite
• membuat catatan dan sekiranya
pembacaan tersebut masih sukar difahami,
digalakkan untuk membaca semula bahan bacaan tersebut
digalakkan untuk membaca semula bahan bacaan tersebut
Survey
• disarankan untuk mengulangi
pembacaan terhadap topik-topik atau idea-idea
yang penting untuk memastikan pembacaan tersebut diingati
yang penting untuk memastikan pembacaan tersebut diingati
• proses pembacaan juga menjadi lebih
baik kerana pembaca lebih memahami
bahan bacaan tersebut.
bahan bacaan tersebut.
(c)
Bacaan Mekanis
Merupakan proses bacaan yang bersuara dengan
membunyikan sebutan dengan jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.
Bacaan jenis ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul serta
bacaannya haruslah mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul.
(d)
Bacaan Mentalis
Merupakan bacaan yang mempunyai kaitan rapat dengan
akal dan fikiran seseorang. Ini dikenalkan setelah murid menguasai bacaan
bersuara, akan mula membaca dalam hati tanpa mengeluarkan suara dan tujuan
bacaan ini adalah untuk memahami maklumat idea yang terdapat dalam teks.
(e)
Bacaan Intensif
adalah secara mendalam. Maksudnya ialah teknik ini
akan mengembangkan kebolehan meneliti, memahami dan menganalisis dalam perkara
yang dibaca. Pembacaan intensif ini akan menekankan ciri-ciri tatabahasa,
pembentukan bahasa dalam pelbagai situasi melalui bacaan ini, murid atau
pelajar dapat memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dalam pembacaan.
(f)
Bacaan
Ekstensif
Melibatkan proses bacaan yang meluas dan dilaksanakan
di luar bilik darjah seperti perpustakaan. Bacaan ini mempunyai hubungan yang
rapat dengan asas bacaan kerana bacaan jenis ini menitik beratkan asas bacaan
dan secara tak langsung menambahkan kemahiran, pemahaman serta kepantasan
membaca dalam diri murid atau pelajar.
0 comments:
Post a Comment