Pendekatan
ini meliputi mengajar beberapa kemahiran membaca yang biasa pada situasi yang
pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan.Pendekatan ini
menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang sudah
diajar sebelumnya.Penambahan perkara yang sudah diajarkan dapat membantu
penguasaan kemahiran membaca. Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu
diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen-elemen perkataan
dikawaldan diperkenalkan dengan merujuk kepada andaian bilangan perkataan yang
dapat dipelajari dalam waktu tertentu.
Kaedah Pengajaran
Pendekatan
ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca.
Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu.
Prinsip pengajarannya dinyatakan seperti berikut :
Pengajaran Perkembangan
Kemahiran
Guru
menuliskan perkataan di papan hitam. Di samping itu, guru membulatkan perkataan
yang mempunyai bunyi yangsama.
Pelajaran Membaca
Secara Terarah
Terbahagi
kepada 5 cara iaitu :
a)
Motivasi
Berdasarkan
latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
b)
Persediaan latar belakang
Apabila
terdapat perkataan yang sukar atau asing, tuliskan di papan hitam dan minta
pelajar meletakkan dalam petikan atau menggunakan dalam perbualan.Pelajar juga
boleh meneka makna dalam konteks.
c)
Menetapkan tujuan
Guru
dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan.
Adakah bahan itu melucukan, belajar membuat sesuatu, menjawab soalan atau
menyelesaikan masalah.
d)
Membaca semula secara senyap ataupun lisan secara
terarah
Pelajar
diarahkan membaca pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap guru boleh
pergi kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat
serta bertanya apa yang didapati dan difahami dan masalah yang timbul. Berikan
perhatian kepada pelajar yang lemah.
e)
Tindak balas dan perluasan
Pelajaran
membaca diikuti dengan aktiviti yang memberi pelajar pilihan mempraktikkan
kemahiran yang diperoleh.Buku kerja, pengajaran kendiri atau lembaran aktiviti
yang boleh digunakan.
0 comments:
Post a Comment