Tujuan
pendekatan ini adalah keupayaan guru menghasilkan pengajaran secara berurutan
dan dapat dilakukan semula pada masa lain. Pendekatan ini menekankan perkara
yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini
juga dilabelkan sebagai :
-Sistem membaca berdasarkan objektif -Program berdasarkan kriteria
-Membaca berdasarkan kecekapan -Sistem pengurusan
kemahiran
-Membaca perspektif diagnostik
Bahan dan Kandungan
I.
Objektif tingkah laku
Mengenal
pasti perkataan, objektif bagi pemahaman dan kemahiran belajar.
II.
Ujian kriteria bagi setiap objektif
Menentukan
status atau kedudukan individu dengan merujuk domain tingkah laku seperti
kemahiran membaca atau kombinasi beberapa kemahiran dalam membaca.Sesuaikan
dengan objektif bagi kesemua rangsangan yang diberikan contohnya, gambar objek
yang biasa dan tindak balas contohnya memilih perkataan dalam rima yang biasa.
III.
Strategi Pengajaran
Wujud
dalam bentuk bahan, program pelajaran atau aktiviti yang pelajar menunjukkan
tindak balas.Di samping itu, strategi melalui contoh dan penerangan membantu
mereka mencapai objektif yang sudah ditetapkan. Sesetengah sistem pengajaran
secara teknologinya menwarkan hanya sumber khusus seperti muka surat tertentu
buku kerja, permainan ataupun pembelajaran yang berguna dalam pengajaran. Guru
boleh melaksanakan pelajaran melalui pita rakaman ataupun menggunakan buku
kecil yang tidak memerlukan guru hadir bersama murid.
IV.
Sistem Penyimpanan Rekod
Rekod
mengenai kemahiran yang sudah dikuasai dan ditafsirkan melalui keupayaan dalam
ujian rujukan kriteria dan arahan yang sudah diambil tindakan.
Pelajar
dinilai dengan cara menghuraikan statusnya dengan merujuk pada objektif yang
disediakan. Apabila pelajar lulus dalam pra ujian, dia akan diberikan tugas
yang lebih mencabar.
0 comments:
Post a Comment