Selamat Datang

PENDEKATAN PEBAS


a)      Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
Asas pendekatan
Berasaskan faktor berikut :
·         Sistem ejaan bahsa Melayu bersifat fonemik.
·         Kebanyakan suku kata bahasa Melayu mudah dan jelas.
·         Perkataan yang mula diperkenalkan sudah difahami makna oleh murid.

Langkah-langkah Pengajaran
        i.            Guru memperkenalkan huruf vokal ‘a’, ‘I’ ataupun ‘u’ dan latihan menyembunyikan. Tuliskan huruf di papan hitam.
      ii.            Perkenalkan huruf konsonan dan bunyikan dengan jelas.
    iii.            Gabungkan huruf konsonan dan vokal.
    iv.            Cantumkan suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.
      v.            Bina frasa dan ayat.
    vi.            Apabila pelajar sudah menguasai kemahiran itu tidak perlu menyembunyikan setiap huruf.
  vii.            Perkenalkan dahulu suku kata terbuka dan kemudiannya suku kata tertutup.

b)     Pendekatan Abjad – suku kata
        i.            Murid mengenali huruf dan hubungannya dengan bunyi.
      ii.            Huruf konsonan digabungkan dengan hruruf vokal supaya menjadi suku kata.
    iii.            Unit-unit kecil digabungkan dengan vokal supaya menjadi suku kata.
    iv.            Gunakan latih tubi sehingga kemahiran diperoleh.
      v.            Pengukuhan diberi melalui penulisan.

Prinsip Pengajaran Bacaan Peringkat Awal
a)      Penguasaan bahasa lisan
·         Piih perkataan yang sudah ada dalam pengalaman murid dan pernah dituturkannya.
b)     Penglihatan
·         Bentuk dan nama huruf serta susunannya yang pernah dilihat memudahkan murid membacanya.
c)      Pendengaran
·         Latih tubi mengeja suku kata menajamkan pendengaran kanak-kanak bagi mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan.
d)     Hubungan huruf dan bunyinya
·         Berikan tumpuan pada hubungan antara huruf dan bunyi dengan memberikan latihan secara intensif.
e)      Peraturan membaca kiri ke kanan
·         Ikut peraturan membaca tulisan rumi.
f)       Gabung jalin dengan semua aspek bahasa
·         Kemahiran mendengar dan bertutur dan diikuti dengan kemahiran menulis.
g)      Menimbulkan dan menghidupkan minat murid
·         Pilih bahan dan aktiviti yang sesuai dengan murid.

0 comments:

Post a Comment