Selamat Datang

PENGALAMAN BAHASA


Pendekatan ini sering digunakan kepada pelajar-pelajar terutama yang mempunyai perbezaan linguistic.Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar termasuk hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan dan membaca. Guru merangsang pemikiran pelajar mengenai perkara atau peristiwa (binatang, teka kata, masalah, isu, pemerhatian individu). Pelajar pula digalakkan melahirkan secara lisan pemikirannya mengenai situasi itu.Penglahiran ini berdasarkan huaraian secara situasi, analisis masalah dan cadangan penyelesaian daripada perkara yang pernah dilihat.Tugasan itu juga perlu ditulis oleh pelajar dan dihantar kepada guru.Perkara yang sudah difikirkan, diucapkan dan ditulis dapat dibaca dengan bermakna.

Bahan dan Kandungan
·         Tidak menggunakan buku teks tertentu keran kaedah ini berfokuskan pengalaman.
·         Perbendaharaan kata dan pola ayat yang dibina sendiri oleh pelajar.
·         Isi kandungan yang dilahirkan adalah refleksi daripada pengalaman pelajar sendiri dan aktiviti yang diucapkan.
·         Aktiviti membaca : Guru boleh menetapkan strategi membaca seperti contoh di bawah :
Set 1 :-
Perkembangan perbendaharaan kata dan berkongsi pengalaman antara individu.Aktiviti ini menjurus kea rah perbincangan dan membaca buku secara individu.

Set 2 :-
Aktiviti berkaitan pola bahasa dan memberi peluang kepada pelajar mengaitkan hubungan antara kemahiran bertutur, membaca dan menulis.Pelajar juga membuat generalisasi pola ayat dan kekerapan penggunaan perkataan tertentu dalam teks.

Set 3 :-
Membantu pelajar mengaitkan idea pengarang dan kaitannya dengan pengalaman personal.Aktiviti ini melibatkan membaca pelbagai bahan bercetak, membaca bagi tujuan khusus, meringkaskan, menetukan nilai dan kebaikan bahan yang dibaca.

Bahan Bacaan
Bahan cerita daripada pengalaman individu dan kumpulan boleh  digunakan dalam mengajar kemahiran pemahaman. Pelajar boleh disuruh melukis berdasarkan petikan bertulis, menjawab berdasarkan fakta dan membuat inferens.

Kaedah Mengajar
a)      Mereka keperluan berfikir dan penglahiran atau rancangan lisan.
b)      Menulis pemikiran yang diucapkan.
c)      Membaca perkara yang ditulis.
d)     Membuat generalisasi berkenaan pola ejaan dan ayat yang ditulis.
e)      Menyatakan cara pemilihan dan penyusunan yang mempunyai kesan ke atas makna.

Perbendaharan Kata
Guru boleh mengarahkan pelajar melihat perkataan melaui carta pengalaman yang kata dasarnya sama. Arahkan mereka menyatakan perkataan baru yang sama dengan perkataan yang bermula dengan suku kata yang sama dengan huruf itu.

Pemahaman
Pelajar disuruh membaca carta pengalamannya dengan intonasi yang berbeza.Perhatikan carta intonasi dan sebutan yang boleh mengubah makna.

Penulisan
Pelajar menyalin perkataan yang direncanakan berdasarkan cerita-cerita pengalaman.Pelajar menulis ayat-ayat yang sesuai. Guru membantu dalam asoek ejaan, tanda baca dan huruf besar. Cerita yang dibaca oleh pelajarlain mesti dieja dengan betul. 

0 comments:

Post a Comment