Selamat Datang

MEMBACA INDIVIDU


Pendekatan ini menekankan kepada :
·         Tahap yang berbeza dalam pembacaan individu.
·         Pelajar memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keprluan, minat dan keupayaan. Guru membantu cara memilih buku dengan cara penyiringan dan muka surat contoh serta menerangkan kesukaran dalam membacanya.

Bahan dan Kandungan
·         Memberi peluang kepada pelajar membaca secara meluas dan bebas berdasarkan buku dan majalah pelbagai tajuk.

Tujuannya
·         Memberi kesan mendalam dalam menarik minat membaca pelajar dan komitmen menjadikan membaca sesuatu yang bernilai dalam kehidupannya.
·         Memperkembangkan kecekapan dalam kemahiran bahasa yang luas bermula dengan memilih kata yang mudah kepada aplikasi kemahiran bahasa dengan kandungan bahan yang lebih kompleks.
·         Menambahkan keupayaan pelajar memahami dan menilai bahan bacaan.

Perlaksanaan Pengajaran
a)      Pilihan kendiri
-          Percaya setiap kanak-kanak memilih buku berdasarkan minat dan kepercayaan.
-          Sesetengah pelajar memerlukan sedikit bantuan dan panduan semasa pemilihan buku.
-          Daripada segi reka bentuknya, pelajar membaca secara berdikari berdasarkan bahan yang mereka pilih, menetapkan tujuannya sendiri dan mengikut kemampuan sendiri.
b)     Perbincangan guru-murid
-          Pengajaran dijalnkan secara personal atau konferensi.
-          Meluaskan penglibatan murid dengan perkataan dan idea. Berbincang mengenai idea daripada buku dan implikasinya kepada kehidupan.

Peranan Guru
·         Membimbing pelajar membuat pilihan yang sesuai bagi bahan bacaan.
·         Membantu membiasakan tujuan membaca bagi buku-buku tertentu.
·         Gunakan pelbagai kaedah atau cara : cerita pasal buku, pengarang dan sebagainya.
·         Dibimbing berdasarkan keperluan pelajar.
·         Dapat mendiagnosis keperluan pelajar dan memotivasikannya dalam membaca.
·         Sediakan banyak masa untuk berbincang.

0 comments:

Post a Comment