Harris & Sipay (1980) , membaca ialah suatu proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Kenedy (1981), membaca ialah keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual, menghubungkan sesuatu bentuk huruf dengan bunyi dan makna seterusnya memahami dan mentafsirkan maksudnya. Marohaini Yusoff (1989), membaca ialah suatu perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
Konsep
membaca ialah kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental,
emosi dan fizikal. Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua
perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak- kanak pada
bila-bila peringkat perkembangan. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan
sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada
peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat lain yang lebih
tinggi.
Faktor-faktor
ini merupakan faktor asas yang mempengaruhi proses kematangan pembelajaran
malah pengalaman pendidikan yang tersusun rapi dapat membantu kanak- kanak
dalam mempunyai kesediaan pengalaman membaca yang teratur. Persekitaran intelektual
yang dapat memberikan pengalaman bermakna akan merangsang otak dan persekitaran
menimbulkan minat membaca. Hal ini merujuk kepada keadaan mata, telinga dan
organ di mana mewujudkan keadaan pertuturan yang sempurna.
Makasih atas perkongsian ilmu keterampilan membaca melalui blog ini.
ReplyDelete